Apa Itu Pemerolehan Bahasa Pertama?

PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA

 

1. PENGENALAN

Pemerolehan Bahasa pertama ialah satu proses yang berlaku di dalam otak seseorang. Terutamamya pada otak kanak-kanak semasa memperoleh Bahasa pertama mereka. Kanak-kanak tidak terus bercakap setelah mereka lahir. Namun, kanak-kanak akan mengalami fasa pembelajaran bahasa iaitu proses pemerolehan bahasa pertama. Pemerolehan Bahasa pertama berlaku secara ilmiah yang berlaku dalam lingkugan keluarga anak-anak tersebut. Kanak-kanak memperoleh Bahasa pertama mereka dengan lancar sertai dapat menguasainya secara semulajadi walaupun bukan melalui Pendidikan yang khusus seperti pergi ke sekolah.


 

 

2. TEORI DALAM PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA

a. Teori Behaviourisme

            behaviourisme secara asasnya ialah teori pembelajaran berdasarkan hubungan antara rangsangan luaran dan tindak balas individu terhadap rangsangan tersebut melalui tingkah laku. Menurut skinner, proses pemerolehan yang berlaku pada kanak-kanak hanya berlaku secara lisan dimana kanak-kanak meniru ucapan orang dewasa yang ada di persekitaran mereka.

 

b. Teori Nativisme

            Nativisme ialah satu pandangan bahawa bahasa disebarkan melalui genetik dan kanak-kanak mempunyai alat dalam otak mereka yang dikenali sebagai alat pemerolehan bahasa (LAD). Alat ini terdapat pada otak kanak-kanak sejak lahir yang memudahkan mereka mempelajari bahasa. Tokoh yang berkaitan dengan teori Nativisme ini ialah Schopenhauer teori ini juga berpendapat bahawa faktor persekitaran atau lingkungan sekeliling tidak akan mempengarahi perkembangan kanak-kanak namun perkembangannya ditentukan sejak lahir yakni bakat yang dimiliki (Yasin Limpo, 2018).

 

 

c. Teori Kognitivisme

            kognitif merupakan satu pendekatan kepada pemerolehan bahasa dimana ialah berkait rapat dengan kognitif umum dan kepada pembangunan kognitif. Pemerolehan bahasa didorong oleh bagaimana kebolehan kognitif bayi membawa input yang didedahkan kepada bayi. Para ahli teori berusaha untuk membuat analisis secara ilmiah berkaitan dengan proses mental dan struktur ingatan semasa berlakunya proses pembelajaran (Rovi Pahliwandari, 2016).  Proses mental dan struktur juga dikenali sebagai cognition yang bermaksud proses untuk memperolehi pengetahuan seterusnya menggunakan atau memanipulasikan pengetahuan tersebut dengan cara menganalisis, mengingat, memahami, menilai serta berbahasa.

 

d. Teori Interaksi

            teori interaksionisme ialah teori yang beranggapan bahawa pemerolehan bahasa adalah satu hasil interaksi antara keupayaan mental pembelajaran dan lingkungan bahasa (Suci Rani Fatmawati, 2015). Teori interaksi beranggapan bahawa faktor persekitaran dan biologi sangat penting dalam proses perkembangan bahasa. Para ahli dalam teori interaksi percaya bahawa pemerolehan bahasa yang berlaku adalah hasil interaksi yang berlaku secara semulajadi antara kanak-kanak dan persekitaran mereka seperti ibu bapa.

 

 

3. PROSES PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA

            Semua manusia di dunia tidak lahir dengan kemahiran berbahasa yang sempurna serta tidak secara langsung boleh berbahasa. Pemerolehan bahasa pertama akan berlaku kepada kanak-kanak yang baru lahir untuk mengasa kemahiran berbahasa. Pemerolehan bahasa pertama ini akan melalui beberapa peringkat dan setiap peringkat yang telah dilalui akan menghampiri kepada bahasa tahap orang dewasa. Terdapat 6 peringkat pemerolehan bahasa yang akan dilalui oleh kanak-kanak yang baru lahir iaitu peringkat membebel, peringkat holofrasa, peringkat ucapan dua kata, peringkat permulaan tatabahasa, peringkat menjelang tatabahasa penuh dan peringkat kecekapan penuh.

 


a. Peringkat Membebel

            Peringkat membebel terbahagi kepada dua peringkat iaitu peringkat membunyikan semua bunyi dan peringkat membebel lanjutan dimana masing-masing berlaku kepada kanak-kanak yang berumur 0-6 bulan dan 6-12 bulan. Pada peringkat membunyikan semua bunyi, kanak kanak akan mengeluarkan bunyi-bunyi yang berupa teriakan           . Kanak-kanak akan bermain dengan alat artikulasi mereka untuk mengahasilkan bunyi-bunyian tersebut. Namun bunyi yang dihasilkan tidak mempunyai sebarang makna. Seterusnya, peringkat membebel lanjutan yakni pada 6-12 bulan menunjukkan kanak-kanak mula untuk membebel. Bebelan yang dihasilkan mengandungi unsur-unsur pola suku kata yang berbentuk konsonan+vokal seperti ba, mu, da, su dan sebagainya. Kanak-kanak yang melakukan bebelan selalunya ketika ia berada bersendirian. Peringkat bebelan ini sangat penting kerana ianya adalah satu peringkat yang mana kanak-kanak mula belajar untuk menghasilkan bunyi-bunyi yang betul (Alam Budi Kusuma, 2016).

 

b. Peringkat Holofrasa

            menurut Fromkin (1983) dalam Jurnal of Humanitties and Science menyatakan bahawa perkataa holofrasa ialah gabungan dua perkataan iaitu holo yang bermaksud “selesai” atau “tidak berbelah bagi” dan perkataan frasa yang membawa maksud “frasa” atau “ayat”. Peringkat holofrasa ini berlaku kepada kanak-kanak yang berumur 12-24 tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak mula mengucapkan perkataan pertama mereka namun hanya mengucap satu kata sahaja. Satu kata yang diucapkan itu digunakan untuk mengekspresikan emosi tertentu. Selain itu, perkataan yang diucapkan juga berkaitan dengan persekitaraan serta perkara yang berkait rapat dengan kanak-kanak seperti mainan, pakaian dan sebagainya. Hal ini menunjukkan bahawa hanya menyebut kata nama sahaja tetapi tidak menyebut kata nama yang tidak berkait rapat dengan kanak-kanak tersebut seperti peti ais, pintu dan sebagainya.

            Peringkat ini turut menunjukkan berlakunya fenomena berkembar seperti penyempitan makna dan penggelembungan makna. Penyempitan makna bermaksud . penggelembungan makna pula ialah kanak-kanak menggunakan satu konsep yang sama untuk menerangkan dua objek yang berbeza seperi anjing dan kucing. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan mula belajar untuk menggabungkan perkataan dengan syarat mereka telah mencapai 50 kosa kata. Ledakan kosa kata akan berlaku dimana kanak-kanak akan dapat menguasai kosa kata dengan kadar yang cepat iaitu purata 4-8 kosa kata dalam masa sehari.

 

c. Peringkat Ucapan Dua Kata

            peringkat ini berlaku ketika kanak-kanak berumur sekitar 24 bulan. Pada dasarnya kanak-kanak di peringkat ini sudah boleh memghasilkan bunyi konsonan seperti [b], [d], [f], [j], [p] dan sebagainya. Ucapan dua kata yang dihasilkan oleh kanak-kanak merupakan gandingan dua holofrasa namun diucapkan secara bersama tanpa diasingkan serta tidak berlaku pemberhentian sejenak terhadap dua kata yang diucapkan. Contoh perkataannya ialah adik makan, minum susu, dan lain-lain.

 

d. Peringkat Permulaan Tatabahasa

            peringkat ini berlaku kepada kanak pada umur sekitar 30 bulan atau 2 tahun 6 bulan. Peringkat ini juga dikenali sebagai peringkat telegram kerana kanak-kanak meghasilkan ujaran yang berbentuk telegram. Kanak-kanak mula untuk membentuk ayat yang sedikit komplek dimana terdapat unsur-unsur tatabahasa seperti imbuhan bagi Bahasa Melayu dan tenses, plural dan function word bagi Bahasa Inggeris. Contoh perkataan adalah seperti abang mana dan want eat.

 

e. Peringkat Menjelang Tatabahasa Penuh

            peringkat menjelang tatabahasa penuh berlaku kepada kanak-kanak yang berada di lingkungan umur 3-4 tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak mula menghasilkan ayat yang kompleks dimana unsur-unsur tatabahasa dalam ayat hampir sempurna disamping ayat yang dihasilkan semakin panjang berbanding dengan ayat pada sebelumnya.  Peringkat ini merupakan sebuah penanda aras kepada kanak-kanak kerana menandakan bahawa mereka telah mencapai perkembangan terakhir dalam penguasaan sintaksis. Contoh-contoh yang dihasilkan oleh kanak-kanak pada peringkat ini ialah, saya nak main bola, dan saya nak minum susu itu.

 

f. Peringkat Kecekapan Penuh

            peringkat ini berlaku kepada kanak kanak yang sudah berumur 4-5 tahun. Pada peringkat ini kanak-kakak sudah boleh menguasai elemen sintaksis bahasa pertama mereka yakni bahasa ibunda. Kanak-kanak pada peringkat ini sydah boleh berbahasa dengan mengujarkan ayat yang lebih panjang dan teratur. Penggunaan holofrasa dan dua kata tidak lagi berlaku pada peringkat ini. Walaupun sudah mengujarkan ayat yang panjang dan teratus tetapi kemahiran berbahasa kanak-kanak di peringkat ini tidak lagi sempurna tetapi sudah mempunya perlakuan atau kemahiran berbahasa yang memadai.

 

 

 

KESIMPULAN

            Kesimpulannya, setiap manusia yang lahir di muka bumi ini sama ada berbeza negara bangsa serta persekitaran, mereka akan tetap melalui proses pemerolehan bahasa pertama mengikut peringkat. Pemerolehan bahasa pertama ini mempunyai beberapa teori yang berbeza iaitu teori behaviourisme, teori nativisme, teori kognitivisme dan teori interaksi yang mana setiap teori mengemukakan penjelasan yang berbeza berkaitan dengan pemerolehan bahasa pertama. Proses pemerolehan bahasa pertama menunjukkan bahawa, pada dasarnya semua manusia boleh berbahasa. Namun akan berbeza bagi kanak-kanak tidak normal kerana mereka akan melalui proses yang sedikit berbeza dengan kanak-kanak normal tetapi mereka juga turut mampu berbahasa tetapi sekadar bahasa isyarat.

 


RUJUKAN

Rovi Pahliwandari (2016). Penerapan Teori Pembelajaran Kognitif dalam Pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesehatan. Jurnal Pendidikan Olahraga. 5(1), 154-164.

Yasin Limpo (2018). Peserta Didik dalam Pandangan Nativisme, Empirisme, dan Konvergasi. Jurnal Idaarah. 2(2), 243-251.

Alam Budi Kusuma (2016). Pemerolehan Bahasa Pertama sebagai Dasar Pembelajaran Bahasa Kedua.  Jurnal Komunikasi dan Pendidikan Islam. 5(2), 118-141.

F. John (2004). Psycholinguistics The Key Concepts. London: Routledge.

V. C. Eve (2009). First Language Acquisition Second Edition. New York: Cambridge University 

Suci   Rani    Fatmawati    (2015).    Pemerolehan      Bahasa           Pertama           Anak         Menurut Tinjauan Psikolinguistik. Jurnal Lentera. 18(1), 63-75.



 

 

 

 

 

 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa Itu Kecelaruan Bahasa ?