Apa Itu Pemerolehan Bahasa kedua?
PEMEROLEHAN BAHASA KEDUA
1. PENGENALAN
Pemerolehan bahasa
merujuk kepada pemerolehan bahasa pertama yang berkaitan dengan kajian tentang
kanak-kanak pemerolehan bahasa pertama atau bahasa ibu dan ini menunjukkan
bahawa pemerolehan yang digunakan pada bahasa pertama turut digunakan pada
bahasa kedua yang mana pemerolehan bahasa kedua akan membawa maksud seorang individu untuk mendapatkan kemampuan bagi menghasilkan, menangkap,
serta menggunakan kata secara tidak sedar untuk tujuan komunukasi (Alis Cahya Setiyadi dan Mohammad Syam’un Salim, 2013).
Pemerolehan bahasa kedua ialah sebuah istilah yang digunakan sebagai nama
sebuah disiplin. Secara umumnya, pemerolehan bahasa kedua merujuk kepada proses
dalam pembelajarah sesuatu bahasa selepas bahasa pertama (native language) telah
dipelajari (Susan M. Gass and Larry Selinker, 2008)
2. PROSES PEMEROLEHAN BAHASA
KEDUA.
Secara umumnya
kanak-kanak akan mengalami proses pemerolehan bahasa pertama yang berlaku
secara berperingkat sama seperti
pemerolehan bahasa kedua dimana
seseorang individu itu akan melalui proses secara lima peringkat iaitu
praproduksi, pengeluaran awal. Kemunculan ucapan, kelancaran pertengahan, dan
kelancaran lanjutan (Stephen D.Krashen & Tracy D. Terrel,1983). Individu
yang berada dalam proses pemerolehan bahasa kedua harus tahu dan dapat
mengaitkan arahan-arahan bagi setiap peringkat agar membolehkan mereka melalui
proses tersebut dengan baik maksudnya ialah Jurang antara apa yang dapat
dilakukan olehnya dan apa yang mereka dapat dengan bantuan orang yang lebih
berpengetahuan (Vygotsky, 1978).
a. PRAPRODUKSI
peringkat
ini akan berlaku dalam masa 0-6 bulan. Pelajar yang berada pada peringkat ini
masi tidak mampun untuk penututurkan bahasa sasaran atau bahasa kedua yang
dipelajari. Peringkat ini juga dikenali sebagai massa sunyi kerana pelajar pada
peringkat ini masih tidak dapat untuk menggunakan apa yang difahami. Pelajar di
peringkat ini masih tidak mampu bertutur namun dapat mengujarkan beberapa
perkataan kerana pelajar tersebut memahami dengan lebih banyak seiring masa
berlalu. Perkataan yang mampu diujarkan hanya kata-kata asas dan sederhana. Hal
tersebut berlaku kerana pemahamannya masih minimum. Dalam tempoh masa peringkat
ini berlangsung, biasanya mereka akan belajar berkaitan pebendaharaan kata
serta berlatih untuk mengucapkan kata-kata baharu. Kosa kata yang diterima
adalah sekitar 500 perkataan. Selain itu pada peringkat ini,biasanya pelajar
hanya menjawab soalan dengan mengangguk ya dan tidak.
b. PENGELUARAN AWAL
Peringkat pengeluaran awal berlaku dalam jangka masa 6 bulan – 1
tahun. peringkat ini menunjukkan peningkatan kepada pelajar kerana pelajar
sudah mampu untuk bertutur dengan manggunakan lebih banyak perkataan disamping
pelajar tersebut masih berusaha untuk
mendengar dan menyerap perkataan baharu. Dalam hal ini, mereka mungkin boleh menguasai
sehingga 1000 kosa kata dan boleh mengucapkan beberapa ayat atau frasa yang
pendek. Pada peringkat ini, pelajar akan memberikan jawapan kepada sebarang
soalan dengan menggunaan ayat yang pendek. Walaupun pelajar sudah mula untuk
bertutur namun masih banyak kesalahan bahasa yang sering dilakukan yang mungkin
disebabkan oleh pemahaman yang masih terhad terhadap bahasa sasaran.
c. KEMUNCULAN UCAPAN
Peringkat kemunculan berlangsung selama 1-3 tahun. Pada peringkat
ini,pelajar mempunyai pemahaman yang baik dan mampu bertutur dengan baik
berbanding peringkat sebelumnya. Kosa kata yang mampu dikuasi oleh pelajar pada
peringkat ini ialah sekitar 1000 perkataan. Pelajar turut dapat menghasilkan
ayat-ayat mudah,menggunakan frasa yang lebih banyak dan bahkan boleh untuk
mengemukakan soalan. Namun, sama seperti sebelumnya dimana masih terdapat
kesalahan bahasa yang dilakukan terutamanya dari segi tatabahasa. Pelajar sudah
mula terlibat dalam perbualan pada masa yang sama mereka sedar bahawa mereka
masih dalam pembelajaran bahasa. Selain itu, pelajar dapat mentafsirkan bahasa
dengan lebih singkat kerana mereka sudah semakin lancar dalam berbahasa. Seterusnya,
mereka dapat memahami cerita dengan bantuan gambar serta mampu menjawab
pertanyaan yang sederhana. Namun, ksemampuan mereka masih terbatas kerana masih
tidak dapat memahami peribahasa dan
ayat-ayat gurauan. Peringkat ini merupakan peringkat yang penting kerana mereka
mula menjadi lebih baik dalam bertutur, menulis dan membaca bahasa kedua yang
dipelajari.
d. KELANCARAN PERTENGAHAN
peringkat ini berlaku sekitar 3-5 tahun. Pelajar yang berada dalam
peringkat ini mampu berkomukasi dengan orang lain dan menulis dengan
menggunakan ayat-ayat yang lebih kompleks. Perbendaharaan kata turut meningkat
sehingga 6000 patah perkataan. Hal ini menunjukkan bahasa pemahaman pelajar
terhadap bahasa kedua semakin bertambah baik. Pelajar juga mampu untuk
melakukan pembelajaran dengan sendiri dengan bebas. Pelajar yang semakin baik
dan memahami bahasa kedua menyebabkan mereka tidak melakukan banyak kesalahan tatabahasa. Selain itu,
mereka akan lebih selesa untuk menggunakan bahasa kedua. Pemahaman yang baik
turut mengurangkan pentafsiran berlaku pada otak semasa berkomunikasi dan
memahami bahasa. Pelajar pada peringkat ini akan mencapai kemahiran komunikasi
interpersonal secara asas dan kelancaran dalam pertuturan.
e. KELANCARAN LANJUTAN
Peringkat
kelancaran lanjuatan berlangsung selama 5-7 tahun. Pada peringkat ini, pelajar
semakin menghampiri kepada tahap penutur asli (native speaker). Peringkat
ini turut memperlihatkan pelajar mampu untuk mengusai bahasa akademik dan penggunaan bahasa kedua menjadi
automatik. Kesalahan dari segi tatabaha sudah tidak lagi berlaku. Namun masih
lagi terdapat kesalahan yang mungkin boleh berlaku tapi bukan dari segi
tatabahasa tetapi dari segi sebutan. Kesalahan sebutan yang berlaku dipengaruhi
oleh aksen. Untuk mengekalkan kefasihan mereka dalam bahasa kedua, mereka herus
sentiasa terlibat dalam perbincangan atau sering menggunakan baharu kedua
mereka. Pelajar pada peringkat ini sudah mencapai kemahiran bahasa akademik
kognitif.
3. KESIMPULAN
Kesimpulannya,
pelajar yang belajar bahasa kedua akan mengalami lima peringkat proses
pemerolehan bahasa kedua iaitu praproduksi, pe. ngeluaran awal. Kemunculan
ucapan, kelancaran pertengahan, dan kelancaran lanjutan. Setiap peringkatan
yang pelajar alami adalah berbeza dimana mereka akan menunjukkan peningkatan
pada setiap peringkat yang semakin meningkat. Semasa berlangsungnya proses
pemerolehan bahasa kedua, ibu bapa dan guru memainkan peranan yang sangat
penting agar perkembangan bahasa kedua pelajara berjalan dengan lancar. Selain
itu, usaha pelajar itu sendiri turut menyumbang kepada perkembangan bahasa
kedua mereka.
RUJUKAN
Alis Cahya
Setiyadi dan Mohammad Syam’un Salim (2013). Pemerolehan bahasa kedua Menurut Stepehn Krashen. Jurnal
At-Ta’dib. 8(2), 266-280.
Gass S. M.
& Selinker L. (2008). Second Language Acquisition An Introduction Course
3rd Edition.
New York: Taylor & Francis e-Library.
Vygotsky L.S.
(1978). Mind in society: the development of higher psychological
processes. London: Harvard
University Press.
Krashen S. D. & Terrell T. D. (1983). The natural
approach: Language acquisition in the classroom.California:
Alemany Press.
Krashen S. D. (1982). Principles and Practice in Second
Language Acquisition. California: Pergamon
Press Inc.
Ulasan
Catat Ulasan