Apa Itu Kecelaruan Bahasa ?
KECELARUAN BAHASA
1. PENGENALAN
Kecelaruan bahasa ialah satu bentuk kecacatan yang berlaku pada
seseorang individu ketika penuturkan
bahasa. Kecelaruan bahasa berlaku terutamanya dari segi aspek bahasa seperti sintaksis, fonologi, pragmatik dan lain-lain
(owens, 2004). Kecelaruan bahasa juga dapat diklasifikasikan sebagai gangguan
bahasa dimana gangguan bahaa tersebut
meliputi keadaan seperti ketiksempurnaan organ pendengaran dan pertuturan,
keterbatasan kemampuan kognitif dan gangguan psikogenik, dan ketidakmampuan
untuk mengelolah informasi berkaitan linguistik. Untuk berbahasa, manusia
memerlukan kemampuan pemahaman serra kemampuan produksi. Hal ini menyebabkan
kawasan Broca dan Wernicke perlu berfungsi sepenuhnya dan jika berlaku sebarang
kerosakan pada kawasan tersebut akan menghasilkan gangguan bahasa atau
kecelaruan bahasa. Kecelaruan bahasa yang berlaku adalah berbentuk afasia (Eko
Kuntarto, 2017). Menurut kamus dewan edisi keempat afasia ialah keadaan tidak
berupaya untuk memahami atau mengungkapkan sesuatu ujaran yang disebabkan oleh
penyakit atau kecederaan pada otak.
2. JENIS-JENIS AFASIA
a. AFASIA MOTORIK
Afasia motorik
berlaku apabila kerosakan berlaku kepada kawasan Broca. Terdapat tiga bahagian afasia motorik iaitu,
afasia motorik kortikal, afasia motorik subkortikal dan afasia motorik
transkortikal.
i. AFASIA
MOTORIK KORTIKAL
Afasia motorik
kortikal ditakrifkan sebagai kehilangan kemampuan untuk mengeksperikan apa yang
ada di fikiran seseorang dengan menggunakan perkataan. Tempat penyimpanan perkataan
adalah terletak pada korteks kawasan broca. Sekirannya terjadi sesuatu pada
kawasan penyimpanan perkataan tersebut seperti musnah maka,
perkataaan-perkataan yang disimpan akan turut hilang dan tidak dapat
dikeluarkan. Hal ini akan mengakibatkan orang mengalami hal tersebut masih
boleh memahami bahasa lisan serta tulisan namun tidak dapat mengeksperikannya.
ii. AFASIA
MOTORIK SUBKORTIKAL
Afasia motorik subkortikal atau dikenali sebagai afasia wernicke
ialah afasia yang berlaku sekiranya terdapat kerosakan pada bahagian bawah
lapisan korteks dan jika hal ini terjadi, perkataan masih tersimpan dan tempat
penyimpanan perkataan pada broca. Namun perkataan yang tersimpan tersebut tidak
dapat dikeluarkan kerana hubungannya terputus yang akhirnya mengakibatkan
putusnya perintah untuk mengeluarkan perkataan. Ciri-ciri penghidap afasia
motorik subkortikal ini adalah seperti pertuturan tidak lancar, kelihatan susah
untuk bertutur, menggunakan oerkataanyang singkat semasa bertutur, dan
sebagainya.
iii. AFASIA
MOTORIK TRANSKORTIKAL
Afasia motorik transkortikal atau afasia konduksi ialah
lesikortikal yang merosakkan sebahagian daripada kawasan broca. Afasia motorik
jenis ini akan berlaku apabila hubunngan secara langsung antara broca dan
wernicke terganggu. Penghidap afasia motorik jenis ini tidak mampu menjawab
soalan kerana tidak dapat mengeluarkan perkataan jawapan kepada soalan tersebut
misalnya “benda bulat yang terdapat pada sukan itu apa?” maka penghidap akan
mejawab seperti “ itu, tu, tu, tu, tu, untuk ditendang”. Melalui contoh ini,
dapat dilihat bahawa jawapan kepada soalan tersebut tidak dapat dikeluarkan.
b. AFASIA SENSORIK
bahasa sensorik
atau turut dikenali sebagai afasia wernicke merupakan kecelaruan bahasa yang
menyebabkan seseorang yang menghidapinya akan kehilangan kemampuan untuk
memahami bahasa lisan dan bahkan tulisan. Hal ini terjadi kerana berlaku
kerosakan pada leksikortikal di bahagian
wernicke khususnya di pada hemisfera yang dominan di pada hemisfera tersebut
terletakmua bahagian-bahagian seperti bahagian motorik, pendengaran dan
lain-lain yang berkaitan. Walaupun penghidap mengalami masalah dalam memahami
bahasa lisan dan tulisan, peghidap masih dapat menghasilkan kata-kata yang
baharu dan tidak dapat difahami olehnya serta orang lain.
c. AFASIA NOMINAL
Afasia nominal atau anomik merupakan sejenis apasia dimana gejala
utamanya dapat dilihat apabila berlaku ketidaupayaan untuk mengingat atau
mengenali nama objek. Penghidap afasia ini boleh bertutur secara spontan serta lancar namun, bermasalah untuk menyebutkan
nama sesuatu benda. Kejadian afasia nominal ini disebabkan berlakunya kerosakan
pada pada bahagian kiri hemisfera otak. Namun dalam kes yang jarang berlaku ia
juga boleh disebabkan oleh kerosakan yang berlaku pada bahagian kiri hemisfera
otak. Strok adalah penyebab utama kepada terjadinya afasia nominal.
d. AFASIA GLOBAL
Afasia global ditakrifkan sebagai kehilangan keupayaan untuk
menyatakan serta memahami pertuturan serta bentuk-bentuk komunikasi yang lain.
Afasia global biasanya berlaku disebabkan berlaku kerosakan kepada bahagian
otak yang mengawal bahasa. Afasia ini turut berlaku disebabkan kerosakan kepada
keseluruhan hemisfera kiri pada otak. Individu individu yang menghidap afasia
global mungkin boleh memahami segelintir perkataan dan mereka lebih kerap tidak
boleh membaca dan menulis. Selain itu, penghidap afasia global turut mempunyai
masalah selain daripada bahasa iaitu penghidap sering menggunakan ekspresi
muka, gerakan serta menukar nada suara mereka ketika berkomunikasi. Antara penyebab
kapada afasia global ialah, strok, kecederaan kepala dan otak.
e. AFASIA PROGRESIF
Afasia progresif
adalah sindrom neurologi dimana kemampuan berbahasa menjadi perlahan serta
merosot secara progresif. Tidak seperti jenis-jenis afasia yang lain dimana
ianya disebabkan kerosakan yang berlaku pada otak akibat strok dan kecederaan
otak, afasia progresif berlaku disebabkan oleh penyakit seperti penyakit
alzheimer.afasai progresi ialah hasil daripada kemerosotan tisu pada bahagian
otak yang penting kepada pertuturan dan bahasa. Pada mulanya, gejala yang
berlaku hanyalah sekadar masalah pertuturan dan bahasa sahaja. Namun, masalah
penyakit berkaitan akan sering terjadi kemudia seperti hilang ingatan.manifestasi
terhadap afasia progresif bergantung kepada bahagian pada hemisfera kiri yang
lebih banyak mengalami kerosakan pada satu titik tertentu. Individu tersebut
mungkin tidak menagalami kesukaran dalam memahami pertuturan namun, pada
akhirnya setiap penghidap akan menjadi bisu dan tidak dapat memahami pertuturan
dan bahkan tulisan walaupun mereka kelihatan seperti orang yang normal.
3. KESIMPULAN
Kesimpulannya,
kecelaruan bahasa berlaku kepada manusia dari segi lisan dan tulisan dimana
ianya dikenali sebagai afasia. Afasia terbahagi kepad pelbagai jenis antaranya
ialah afasia motorik, afasia sensorik, afasia nominal, afasia global, dan
afasia progresif. Kesemua jenis afasia tersebut berlaku disebabkan punca yang
berbeza dan kesannya turut berbeza. Perbezaan kesan afasia dapat dilihat dari segi
kecelaruan atau kecatatan pertuturan yang dialami dimana terdapat kecelaruan
yang kurang teruk sehinggi sangat teruk yakni langsung tidak boleh berbahasa
dan memahami bahasa sama ada dari segi lisan dan tulisan.
RUJUKAN
Rohmani Nur Indah (2017). Gangguan Berbahasa Kajian Pengantar. Malang:
UIN-MALIKI Press.
Eko Kuntarto (2017). Memahami Konsepso Psikolinguistik. Jambi:
Universitas Jambi.
Owens, R. E. (1991). Language disorders: A functional approach
to assessment and intervention (6th Edition). Boston. Pearson.
Owens, R. E. (2004). Language Disorders: A Functional Approach to Assessment and
Intervention (4th Edition). Boston : Allyn and Bacon.
Noresah
Baharom (2016). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ulasan
Catat Ulasan