Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2021

Apa Itu Pemerolehan Bahasa Pertama?

Imej
PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA   1. PENGENALAN Pemerolehan Bahasa pertama ialah satu proses yang berlaku di dalam otak seseorang. Terutamamya pada otak kanak-kanak semasa memperoleh Bahasa pertama mereka. Kanak-kanak tidak terus bercakap setelah mereka lahir. Namun, kanak-kanak akan mengalami fasa pembelajaran bahasa iaitu proses pemerolehan bahasa pertama. Pemerolehan Bahasa pertama berlaku secara ilmiah yang berlaku dalam lingkugan keluarga anak-anak tersebut. Kanak-kanak memperoleh Bahasa pertama mereka dengan lancar sertai dapat menguasainya secara semulajadi walaupun bukan melalui Pendidikan yang khusus seperti pergi ke sekolah.     2. TEORI DALAM PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA a. Teori Behaviourisme             behaviourisme secara asasnya ialah teori pembelajaran berdasarkan hubungan antara rangsangan luaran dan tindak balas individu terhadap rangsangan tersebut melalui tingkah laku. Menurut skinner, proses pemerolehan yang berlaku pada kanak-kanak hanya berlaku secara l